Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai modal antara RM10,000 hingga RM15,000 anda sebenarnya sudah boleh memulakan perniagaan tadika anda sendiri.
Bagi mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan tadika dan sudah mempunyai wang simpanan sebanyak RM10,000 – RM15,000 anda tidak perlu membuat pinjaman bank atau meminjam dari mana-mana institusi kewangan atau dari sanak-saudara. Simpanan anda sebanyak RM15,000 tersebut sebenarnya sudah mencukupi untuk anda memulakan perniagaan tadika anda sendiri.
Cuba lihat contoh anggaran pengiraan kos ini:
Beli peralatan tadika (meja dan kerusi pelajar, white board dll) : RM4,500
Beli alatan permainan : RM2,000
Keceriaan (mengecap, mural) : RM500
Stationery: RM300
Promosi (buat phamplet, signboard, dll) : RM1,200
Pengubahsuaian : RM1,500
Deposit sewa premis (anggaran sewa bulanan: RM800) : RM3,600
Lain-lain : RM800
Jumlah keseluruhan: RM14,400
huhuhuu, nak buka juga la
ReplyDeleteBerapa modal yg prlu dikeluarkan untuk setuap bulan? Cth byr gaji cikgu, electricity dan sewa premis?
ReplyDeleteBetul tu nak tahu jugak tu..berapa angaran kos gaji,sewa,bil api dan air..
ReplyDeleteBetul tu nak tahu jugak tu..berapa angaran kos gaji,sewa,bil api dan air..
ReplyDeletehai. sy seorang guru sekolah menengah. sy sgt berminat dan bercita2 utk membuka tadika. bolehkah sy membuka tadika dengan hanya ada degree pendidikan sahaja?
ReplyDeleteBoleh puan sbb sy ada ramai kwn yg buka tadika to xde diploma awal kanak2..tp perlu ada syarat yg plu antaranya permohonan ssm dan kelulusan dari ppd/jpn
DeleteTapi kalau ada bangunan sendiri modal permulaan mgkin lebih rendah kan.. Sbb xplu bayar sewa
ReplyDeletePastikan bangunan ada CF. Jima tiada CF memang tak boleh daftar dengan majlis perbandaran
ReplyDeleteapa tu cf
DeleteBetul ke guru besar utk tadika kena ada min 5 tahun pengalaman mengajar?
ReplyDeleteassalam...
ReplyDeleteCara buka PASTI?