Sunday 13 May 2012

Cara-cara Mendisiplinkan Kanak-kanak

Baru-baru ini saya telah terbaca satu artikel tentang cara-cara mendisiplinkan kanak-kanak di sebuah blog. Jadi saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenainya. Terdapat 5 cara-cara mendisiplinkan kanak-kanak. Antaranya adalah seperti berikut :


  1. Fahami. Cuba letakkan diri anda ditempatnya. Contohnya jika anda mahu dia makan pada waktunya. Jika dia sedang seronok bermain, hampirinya, peluk dan beritahu mengapa dia perlu makan. Secara psikologinya anda memberitahu bahawa anda mengambil berat dan ingin tahu mengapa dia tidak mahu makan. Jangan memarahinya tetapi pastikan dia makan apa yang sepatutnya.
  2. Tetapkan had. Setiap yang dilakukan ada batasan atau hadnya. Lebih-lebih lagi jika di TASKA. Contohnya, jika sudah sampai waktu tidur/rehat, beritahu dia perlu ambil waktu itu untuk merehatkan badan setelah melakukan aktiviti yang lainnya supaya dia dapat meneruskan aktiviti yang lainnya pada sebelah petang misalnya. Sebelum tidur, galakkan dia membersihkan diri serta menukar pakaian. Jika dia masih tidak mahu tidur, galakkan dia berbaring dahulu, ajarkannya membaca doa tidur, pastikan cahaya yang masuk kebilik tidak terlalu terang, tiada bunyi yang boleh menganggunya. InsyaAllah, dari pengalaman saya sendiri ianya berjaya.
  3. Beri perhatian. Selain dari memberi perhatian kepadanya ketika dia nakal atau degil, anda juga perlu dekatinya ketika dia dalam situasi 'angin baik'. Beritahu apa yang betul dan tidak betul. Kebiasaannya apabila anak melakukan kesalahan, dia akan rasa bersalah. Jadi, anda tidak perlu cepat mengamuk, sebaliknya cakap secara baik dan jelaskan mengapa anda marah kepadanya.
  4. Mendisiplin bukan bermakna mengawalnya. Mendisiplin bermaksud mengajar kanak-kanak mengawal dirinya sendiri. Hukuman mungkin boleh mendisiplinkannya, tetapi kadangkala tidak memberi kesan kepada kanak-kanak. Jika rasa marah anda membuak, jauhi diri darinya dan apabila anda tenang semula, beritahu dia apa yang patut dan tidak patut dia lakukan.
  5. Beri peluang memilih. Kanak-kanak memerlukan ruang untuk membuat pilihan sendiri. Jadi,berilah mereka peluang. Mulakan dengan yang mudah, misalnya beri dia peluang membuat pilihan pakaian yang disukainya. Sekali lagi beritahunya apa yang boleh dan tidak boleh atau yang sesuai dan tidak sesuai untuknya.
Cara-cara di atas bukanlah satu jaminan untuk kanak-kanak tidak lagi bersikap degil, tetapi dengan kesabaran anda, kanak-kanak sebenarnya secara perlahan akan belajar bahawa berdegil bukan cara terbaik untuk mendapatkan apa yang dia mahukan.

No comments:

Post a Comment