Sunday 13 May 2012

Tips Untuk Perniagaan Taska & Tadika






Pendaftaran - TASKA perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan TADIKA berdaftar dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).


Persekitaran yang bersih dan selamat - Sila pastikan kebersihan kawasan sekitar Taska atau Tadika pada tahap yang memuaskan.


Lokasi - Sila pilih lokasi Taska atau Tadika yang strategik, mudah untuk dilihat dan dikunjungi.


Warna - Perlulah memilih tema warna yang sesuai dan ceria untuk Taska & Tadika bagi membantu perkembangan menyeluruh kanak-kanak.


Program & aktiviti yang berkualiti - Sila pastikan program yang ditawarkan memberi pendedahan yang baik kepada proses awal pendidikan & pembelajaran kanak-kanak.


Insuran - Adalah digalakkan Taska atau Tadika menyediakan skim insuran kepada kanak- kanak di bawah jagaan mereka.


Fardu Ain @ Iqra' - Sebaik-baiknya Taska atau Tadika menyediakan program pelajaran asas fardu ain & iqra'.


Perkhidmatan Pengangkutan - Taska atau Tadika yang mempunyai perkhidmatan pengangkutan sendiri akan lebih  digemari oleh ibubapa kerana memudahkan mereka.


Promosi - Promosi yang berterusan adalah sangat penting bagi memastikan bisnes Taska & Tadika mampu bersaing dan sebagai media informasi kepada para pelanggan.

No comments:

Post a Comment