Sebelum kita ingin membuka taska @ tadika, kita perlu tahu apakah itu taska dan tadika.
Apakah Itu Taska?
TASKA adalah singkatan kata dari Taman Asuhan Kanak-Kanak.
Taska boleh didefinisikan sebagai
"mana-mana premis yang menerima masuk kanak-kanak melebihi 4
orang yang berumur 4 tahun ke bawah selain dari
seisi rumah dengan menerima upah."
TASKA adalah berbeza dari TADIKA
dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak.
Tujuan TASKA diadakan adalah untuk membantu
ibubapa menjaga anak-anak mereka sepanjang ketiadaan ibubapa. Penubuhan Taska
perlu didaftarkan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
|
Apakah Itu Tadika?
Tadika adalah singkatan daripada Taman Didikan Kanak-Kanak.
Tadika boleh didefinasikan sebagai
“mana-mana premis yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5
hingga 6 tahun untuk tujuan menerima pendidikan dengan upah.”
Penubuhan Tadika swasta perlu didaftar
dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), iaitu di bawah Unit
Pendidikan Swasta.
Oleh yang demikian semua hal berkaitan
dengan tadika swasta perlu dirujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri (dulu
dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Negeri).
|
Sunday 13 May 2012
PENGENALAN TASKA DAN TADIKA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment