- Berikan pelbagai pilihan makanan yang bersesuaian dengan usia kanak-kanak, tetapkan waktu makan, menikmati 'snack' menjadikan waktu makan adalah waktu yang disenanginya.
- Berikan contoh pemakanan yang sihat kepada kanak-kanak dan tunjukkan anda benar-benar menyukainya. Cuba elak membuat rungutan mengenai makanan yang tidak anda sukai.
- Perlu diingat bahawa kanak-kanak memiliki perut yang kecil. Jadi, jangan longgokkan makanan dalam pinggan mereka.
- Untuk proses tumbesarannya dan mengekalkan kadar tenaga, kanak-kanak perlu kerap makan. Hidangannya adalah terdiri dari 3 kali makan dan dua kali makanan ringan dalam sehari.
- Perkara yang paling penting dalam penyediaan makanan untuk kanak-kanak adalah jenis makanan berkhasiat dihadapan mereka tanpa perlu menekankan berapa banyak yang dinikmati. Kualiti makanan yang diambil lebih utama dari kuantiti.
- Sekali lagi, tetapkan satu masa makan yang khusus setiap hari sekalipun ia akan membosankan anda. Hidangkan mereka pilihan makanan yang sama untuk beberapa kali dalam seminggu, mungkin anda mampu mengesan makanan yang paling disukainya.
- Seeloknya jangan cuba merasuah kanak-kanak kerana mereka akan makan kerana terpaksa untuk mendapatkan hadiah yang akhirnya nanti mereka akan langsung membenci makanan itu.
- Hadkan pengambilan cecair seperti susu, jus dan air sebelum 1 jam atau 2 jam sebelum makan kerana mengambil cecair terlalu banyak akan hanya mengurangkan selera makan mereka.
Tuesday, 15 May 2012
Tips Untuk Memikat Selera Makan Kanak-kanak
Sunday, 13 May 2012
Cara-cara Mendisiplinkan Kanak-kanak
Baru-baru ini saya telah terbaca satu artikel tentang cara-cara mendisiplinkan kanak-kanak di sebuah blog. Jadi saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenainya. Terdapat 5 cara-cara mendisiplinkan kanak-kanak. Antaranya adalah seperti berikut :
- Fahami. Cuba letakkan diri anda ditempatnya. Contohnya jika anda mahu dia makan pada waktunya. Jika dia sedang seronok bermain, hampirinya, peluk dan beritahu mengapa dia perlu makan. Secara psikologinya anda memberitahu bahawa anda mengambil berat dan ingin tahu mengapa dia tidak mahu makan. Jangan memarahinya tetapi pastikan dia makan apa yang sepatutnya.
- Tetapkan had. Setiap yang dilakukan ada batasan atau hadnya. Lebih-lebih lagi jika di TASKA. Contohnya, jika sudah sampai waktu tidur/rehat, beritahu dia perlu ambil waktu itu untuk merehatkan badan setelah melakukan aktiviti yang lainnya supaya dia dapat meneruskan aktiviti yang lainnya pada sebelah petang misalnya. Sebelum tidur, galakkan dia membersihkan diri serta menukar pakaian. Jika dia masih tidak mahu tidur, galakkan dia berbaring dahulu, ajarkannya membaca doa tidur, pastikan cahaya yang masuk kebilik tidak terlalu terang, tiada bunyi yang boleh menganggunya. InsyaAllah, dari pengalaman saya sendiri ianya berjaya.
- Beri perhatian. Selain dari memberi perhatian kepadanya ketika dia nakal atau degil, anda juga perlu dekatinya ketika dia dalam situasi 'angin baik'. Beritahu apa yang betul dan tidak betul. Kebiasaannya apabila anak melakukan kesalahan, dia akan rasa bersalah. Jadi, anda tidak perlu cepat mengamuk, sebaliknya cakap secara baik dan jelaskan mengapa anda marah kepadanya.
- Mendisiplin bukan bermakna mengawalnya. Mendisiplin bermaksud mengajar kanak-kanak mengawal dirinya sendiri. Hukuman mungkin boleh mendisiplinkannya, tetapi kadangkala tidak memberi kesan kepada kanak-kanak. Jika rasa marah anda membuak, jauhi diri darinya dan apabila anda tenang semula, beritahu dia apa yang patut dan tidak patut dia lakukan.
- Beri peluang memilih. Kanak-kanak memerlukan ruang untuk membuat pilihan sendiri. Jadi,berilah mereka peluang. Mulakan dengan yang mudah, misalnya beri dia peluang membuat pilihan pakaian yang disukainya. Sekali lagi beritahunya apa yang boleh dan tidak boleh atau yang sesuai dan tidak sesuai untuknya.
Proses Pendaftaran Taska
Bagi anda yang berminat untuk memulakan Perniagaan Taska, boleh dapatkan borang permohonan pendaftaran bersama Buku Garis Panduan Taska daripada Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah anda yang berharga RM10.
Dibawah ini saya kongsikan bersama anda senarai dokumen yang diperlukan dalam proses untuk Pendaftaran Taska :-
Dibawah ini saya kongsikan bersama anda senarai dokumen yang diperlukan dalam proses untuk Pendaftaran Taska :-
- Salinan lesen perniagaan dari SSM (ROB/ROC) yang diakui sah.
- Surat sokongan dari Jabatan Perancang Bandar seperti MPKJ/MPSJ/MBSA (salinan diakui sah)
- Surat sokongan dari Jabatan Kesihatan MBPJ/MPSJ/MBSA (salinan diakui sah)
- Surat sokongan Jabatan Bomba dan Penyelamat seperti JBP Kajang/Bangi (salinan diakui sah)
- Borang Jadual 11 seperti yang saya nyatakan pada permulaan catatan ini.
- Jadual Aktiviti. Jadual adalah mengikut Perkembangan Menyeluruh untuk seminggu terbahagi kepada dua kumpulan umur. (i) 0-2 tahun (ii) 2-4 tahun
- Jadual Menu yang seimbang. Jadual menu untuk sebulan terbahagi kepada dua kumpulan umur juga. (i) 0-2 tahun (ii) 2-4 tahun
- Pelan lantai. Pelan asal yang menggambarkan sudut-sudut aktiviti dan lain-lain bahagian. Kiraan adalah dalam meter persegi.
- Penglibatan ibu bapa. Untuk program tahun terkini dan perancangan tahun hadapan. Ianya haruslah mengandungi tarikh, nama program dan jumlah kehadiran ibu bapa.
- Senarai kanak-kanak yang mengandungi nama, umur dan jantina.
- Senarai kakitangan yang mengandungi nama, umur, kelayakan dan salinan kad pengenalan yang diakui sah.
- Sijil Kursua Asas Asuhan Kanak-Kanak dan sijil-sijil berkaitan termasuk bagi Pengusaha, Penyelia dan Pengasuh (salinan diakui sah)
- Wang Pos/Cek (RM50.00), atas nama Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Bayaran ini disediakan setelah dokumen telah disemak dan disahkan lengkap oleh Pegawai TASKA.
- Pelan lokasi. Pelan dari jalan utama bagi memudahkan pihak JKM mengesan lokasi TASKA.
- Peraturan Taska yang disediakan oleh Pengusaha termasuk senarai harga yuran kanak-kanak.
SUSUNAN KERTAS KERJA & DOKUMEN PERSEDIAAN INSTITUSI PENDIDIKAN SWASTA TADIKA
DOKUMEN Iringan
dalam Kertas Kerja:
1. Gambar Premis dari sudut hadapan dan
tepi (Tadika )
2. Surat SSM (ROB) – Pengesahan Carian Nama IPS
(Booking NamaTadika)
3. Permit
Guru Besar ( 3 tahun ) / Sijil Guru
Besar (Pesara Guru / Bekas Guru)
4. Salinan
Kad Penganalan semua nama yang
tersenarai dalam kertas kerja
dan Sijil
Akademik /Profesional
5. Surat Perjanjian
Sewaan Premis / Sale Purchase
Agreement (Milik Sendiri)
6. CFO Premis / Cukai Tahunan Premis ( 5
salinan dikepilkan )
7. Pelan
Lokasi ke premis (lukisan
computer) ( 5
salinan dikepilkan )
8. Pelan
Lantai dengan ukuran dalam
kiraan kaki ( 5
salinan dikepilkan )
(
5 set salinan dokumen di atas tidak dibinding/ dimasukkandalam kertas kerja)
9. Surat
Perjanjian Franchais ( jika terlibat)
Proses Kerja Penubuhan TADIKA
Proses Kerja Penubuhan tadika (Institut
Pendidikan Swasta) adalah mengikut langkah – langkah berikut :
1. Mengisi
borang permohonan penubuhan (Borang P1)
2. Mendapat
kelulusan Premis oleh Pegawai JPN/PPD
3. Menghadiri
Seminar Penubuhan IPS
4. Membuat
carian nama IPS di SSM (Borang
P1A)
5. Membuat
kertas kerja penubuhan yang lengkap (Borang
PIPS)
6. Membentangkan
kertas kerja penubuhan kepada Jawatankuasa Penubuhan
7. Setelah
diluluskan oleh Jawatankuasa Penubuhan, mendaftarkan perniagaan di SSM (ROB/ROC)
8. Mendapat
Sijil Perakuan Sementara daripada JPN (untuk tempoh 1 Tahun)
9. Mendapatkan
surat sokongan 3 agensi; Pihak Berkuasa
Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Pejabat Kesihatan
Daerah
10. Mendapat
Surat Perakuan Pendaftaran IPS
11. Memohon
permit Pengelola, Pekerja dan Guru
12. Mula
beroperasi secara rasmi
Cara-cara Mempromosikan Tadika
Anda boleh menggunakan cara-cara seperti berikut bagi
mempromosikan tadika:-
a. phamplet / brosur
b. banner / bunting
c. name card / kad nama
d. menulis artikel pendek di akhbar atau majalah
MODAL YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBUKA TADIKA
Tahukah anda, sekiranya anda mempunyai modal antara RM10,000 hingga RM15,000 anda sebenarnya sudah boleh memulakan perniagaan tadika anda sendiri.
Bagi mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan tadika dan sudah mempunyai wang simpanan sebanyak RM10,000 – RM15,000 anda tidak perlu membuat pinjaman bank atau meminjam dari mana-mana institusi kewangan atau dari sanak-saudara. Simpanan anda sebanyak RM15,000 tersebut sebenarnya sudah mencukupi untuk anda memulakan perniagaan tadika anda sendiri.
Cuba lihat contoh anggaran pengiraan kos ini:
Beli peralatan tadika (meja dan kerusi pelajar, white board dll) : RM4,500
Beli alatan permainan : RM2,000
Keceriaan (mengecap, mural) : RM500
Stationery: RM300
Promosi (buat phamplet, signboard, dll) : RM1,200
Pengubahsuaian : RM1,500
Deposit sewa premis (anggaran sewa bulanan: RM800) : RM3,600
Lain-lain : RM800
Jumlah keseluruhan: RM14,400
Subscribe to:
Comments (Atom)